KOTA BHARU, 18 Jun - Program “Seminar Peluang Kerjaya: Start Strong, Dream Big” telah berjaya dianjurkan oleh Kelab Evolusis dengan kerjasama AIA Public Takaful, AME Group, AIA Elite Academy, Kelab Keusahawanan (ECKB) dan Islamic Banking Association Club (IBAC) yang bertempat di Dewan Dato’ Hassan Said (DHS), UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu pada 12 Jun 2025.
Program ini diadakan bermula jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Seramai 79 orang mahasiswa UiTM Kampus Kota Bharu dan 7 staf AIA Public Takaful terlibat.
"Seminar Peluang Kerjaya: Start Strong, Dream Big" bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai peluang kerjaya dalam industri takaful yang berlandaskan prinsip syariah. Melalui seminar ini, para peserta dapat memahami skop kerja, tanggungjawab serta keperluan asas untuk menceburi bidang ini secara profesional. Selain itu, seminar ini juga bertindak sebagai medium untuk menarik minat pelajar terhadap bidang keusahawanan Islamik dan jualan etika yang bukan sahaja menjana pendapatan, malah memberi manfaat kepada masyarakat.
Program ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada Haji Hassanul Firman Haji Md Apandi, Penasihat Kelab Evolusis. Turut hadir bersama ialah Dr. Nurazleena Ismail, Penasihat Kelab Keusahawanan serta penceramah jemputan iaitu Encik Mohamad Aliff Azra Mat Zain.
Program ini mendapat sambutan hangat daripada peserta. Maklum balas menunjukkan program ini unik dan sukar didapati dalam acara lain. Peserta berharap ianya diteruskan kerana bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi pengalaman bermakna serta mengeratkan hubungan sesama peserta.
Penyedia Laporan:
Saudara Muhammad Arif Tahir
Pengarah Program
Seminar Peluang Kerjaya: Start Strong, Dream Big