MACHANG, 18 Jun – Sesi Libat Urus BKKP UiTM Shah Alam dan Bahagian JKKPN UiTM telah dibuat bagi membincangkan isu ‘Indoor Air Quality’ serta perbincangan berkaitan Operasi Bencana Negeri, UiTM Cawangan Kelantan. Delegasi dari BKKP UiTM Shah Alam diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Hilmi Rahmat@Rahman, Pengarah BKKP, Ts. Suhaihisam Mohd Saufi, Ketua BKKP dan Encik Ahmad Nazaruddin Abdul Rahim, Pembantu Tadbir BKKP UiTM Shah Alam.
Sesi libat urus ini dipengerusikan oleh Profesor Dr. Mohd Afandi Mat Rani, Rektor UiTMCK bersama Barisan Pengurusan Kanan UiTMCK serta wakil-wakil staf dari kolej kediaman. Penyampaian laporan berkenaan JKKPN telah dibentang oleh Encik Mohd Aizuddin Harun, Penolong Jurutera Kanan Mekanikal selaku Setiausaha JKKPN UiTM Cawangan Kelantan dan Laporan Operasi Bencana dibentangkan oleh Encik Mohd Faiz Iskandah, Pensyarah Kanan selaku Penyelaras JOBN.
Pemeriksaan serta ‘condition audit’ turut dijalankan di beberapa lokasi bagi mengenalpasti tahap risiko serta cadangan langkah pencegahan yang boleh diambil. Ini adalah selari dengan usaha berterusan dalam memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sentiasa terpelihara. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak BKKP UiTM Shah Alam atas kesudian melaksanakan lawatan ini. Semoga segala input yang dikongsikan dapat dimanfaatkan demi kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan semua ditempat kerja.
Penyedia Laporan:
Encik Mohd Aizuddin Harun
Penolong Jurutera Kanan Mekanikal
Bahagian Pengurusan Fasiliti