KOTA BHARU, 29 Mei - Program Semarak Jawi 2025 merupakan satu inisiatif antara Perpustakaan Tengku Anis dan Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu, dengan sokongan padu daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur. Program ini telah berlangsung pada 28 Mei 2025 (Rabu), bermula jam 10:00 pagi hingga 1:00 tengah haribertempat di Dewan Latihan, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu.
Tujuan utama program ini adalah untuk memperkasa semula penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan warga kampus dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan Jawi sebagai warisan budaya, agama, dan bahasa bangsa Melayu. Program ini menampilkan Encik Mohd Shupardi Mohd Ya’acob, Munsyi Dewan (Jawi) daripada DBP, sebagai penceramah jemputan utama yang telah berkongsi ilmu dan kemahiran dalam penulisan serta pemahaman tulisan Jawi secara interaktif.
Diharapkan program ini dapat memberi manfaat besar kepada peserta serta membuka ruang lebih luas kepada UiTM untuk terus memartabatkan tulisan Jawi melalui platform pendidikan dan pembudayaan ilmu.
Penyedia Laporan:
Puan Rosmariyati Ab Rahman
Timbalan Ketua Pustakawan (Memangku) (KUP)
UiTM Kampus Kota Bharu