AI-Driven Research Writing Bootcamp

KOTA BHARU - Program AI-Driven Research Writing Bootcamp telah dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar pascasiswazah mengenai penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam membantu dan meningkatkan mutu penulisan akademik, terutamanya dalam konteks penulisan tesis, artikel jurnal, dan tugasan penyelidikan. Seramai 20 orang pelajar, terdiri daripada pelajar penyelidikan dan kerja kursus telah menyertai program ini yang diadakan secara bersemuka di Hotel Ibis Styles, Kota Bharu. Penceramah jemputan adalah Dr Faharol Zubir, Pensyarah Kanan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan juga merupakan Penulis Buku AI. Kepakaran dan pengalaman yang dimiliki beliau dalam bidang AI banyak membantu para peserta dalam mendalami dunia AI dan penyelidikan.

 

Penyedia Laporan:
Encik Mohammad Syahrul Ashraff
Pegawai Eksekutif
UiTM Kampus Kota Bharu