Pembentangan artikel penyelidikan yang bertajuk "The Impacts of Software Reuse Practices on Quality and Achievement Goals among Malaysian Freelance Software Developers" telah memenangi anugerah "Best Paper Award" di MakeLearn & TIIM International Scientific Conference yang berlangsung pada 21-24 Mei di Intercontinental Hotel, Bangkok, Thailand.
Program tersebut dianjurkan oleh International School for Social and Business Studies, Slovenia; Maria Curie-Sklodowska University, Poland; Kasetsart University, Thailand; dan Pegaso International, Malta. Penulis artikel yang telah memenangi anugerah tersebut adalah Dr Mohd Akmal Faiz Osman (Fakulti Sains Maklumat, UiTM Cawangan Kelantan), Dr Ts. Khalid Abdul Wahid (Fakulti Sains Maklumat, UiTM Cawangan Kelantan), dan Profesor Dr Mohamad Noorman Masrek (Fakulti Sains Maklumat, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana).
Penyedia Laporan:
Dr Mohd Akmal Faiz Osman
Pensyarah Kanan
Fakulti Sains Maklumat