MACHANG, 14 Mei - Program Malam Randau Kolej Dato’ Onn bersama Staf Residen Kolej ini merupakan program yang berunsurkan akademik dan ilmiah. Program ini diadakan untuk memberi pengetahuan kepada penghuni Kolej Dato’ Onn berkenaan tadbir urus di Kolej Dato’ Onn. Selain itu, program ini juga bagi memberi pendedahan kepada seluruh penghuni Kolej Dato’ Onn berkenaan Staf Residen Kolej Dato’ Onn serta tanggungjawab mereka di dalam organisasi Kolej Dato’ Onn. Antara pengisian program adalah memberi pengetahuan tentang talian kecemasan untuk mereka hubungi sekiranya berlaku sebarang masalah dan isu kecemasan. Di samping itu, program ini juga memperkenalkan organisasi Jawatankuasa Perwakilan Kolej Dato’ Onn sesi 2024/2025 kepada seluruh penghuni Kolej Dato’ Onn dan tanggungjawab mereka terhadap menjaga kebajikan dan pengurusan penghuni Kolej Dato’ Onn. Akhir sekali, program ini juga menyediakan saluran komunikasi rasmi antara penghuni Kolej Dato’ Onn untuk memberikan cadangan atau menyampaikan sebarang permasalahan yang berlaku di kolej kediaman kepada Staf Residen Kolej Dato’ Onn dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Dato’ Onn.
Penyedia Laporan:
Saudari Nur Jannah Zahiruddin
Presiden
Jawatankuasa Perwakilan Kolej Dato’ Onn