MACHANG, 14 Mei - Pada 27 hingga 30 April 2025, Kelab Pembimbing Efektif Rakan Sebaya (PEERS) dengan kerjasama Unit Psikologi & Kaunseling (UPK), Yayasan Buah Pinggang Negara, Unit Kesihatan UiTM Cawangan Kelantan, dan Kelab AWESOME telah menganjurkan Program ‘Wellness Outreach 2025: Grow & Glow’. Program ini berlangsung di perkarangan dan pejabat Unit Psikologi & Kaunseling, UiTM Cawangan Kelantan. Objektif utama program ini diadakan adalah sebagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran warga UiTM dan komuniti mengenai kepentingan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi, memberi pendedahan mengenai teknik dan strategi mengurus tekanan melalui aktiviti yang menyeronokkan dan mewujudkan persekitaran yang selamat serta positif bagi membincangkan isu-isu psikologi. Pihak penganjur berjaya mencapai sasaran peserta iaitu seramai 750 orang dari kalangan mahasiswa dan staf UiTM dengan mod program secara hybrid. Antara aktiviti diadakan adalah, Sand Therapy, Art Therapy, Games Therapy, Eksplorasi Minda, Ujian Psikologi dan Pertandingan E-Quiz & E-Poster.
Penyedia Laporan:
Saudari Aisyah Amani Jusoh
Presiden
Kelab Pemimpin Efektif Rakan Sebaya (PEERS)