MACHANG, 14 Mei – Program Derma Darah ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Dato’ Onn dengan kerjasama Hospital Universiti Sains Malaysia yang berlangsung selama tiga hari iaitu bermula pada 13 April 2025 (Ahad) hingga 15 April 2025 (Selasa) di Foyer Blok D UiTM Cawangan Kelantan. Program ini bermula dari jam 9:00 pagi hingga 3:00 petang. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang tentang kepentingan menderma darah kepada golongan yang memerlukan serta memupuk sikap prihatin dalam jiwa mereka.
Penyedia Laporan:
Saudari Nur Jannah Zahiruddin
Presiden
Jawatankuasa Perwakilan Kolej Dato’ Onn