Corporate Success: From Learning to Leading

MACHANG, 14 Mei  ‘Corporate Success: From Learning to Leading’ adalah program berunsur akademik dan ilmiah yang telah dijalankan bagi menerapkan pemahaman yang lebih mendalam tentang segala perkara berkaitan korporat kepada mahasiswa. Program ini akan dikhaskan kepada mahasiswa yang berada di dalam organisasi Jawatankuasa Perwakilan Kolej, Majlis Perwakilan Komander serta kelab dan persatuan. Program ini memberi maklumat lengkap tentang etika profesional, fungsi, peranan, dan format mengikut piawaian korporat UiTM. Secara umumnya, kebanyakan mahasiswa kurang mendapat pendedahan berkaitan tatacara pengurusan korporat yang merangkumi segala perkara berkaitan korporat dan pengurusan VIP. Program ini dijalankan dengan harapan bahawa setiap mahasiswa mempunyai pengetahuan asas tentang pengurusan korporat yang betul dalam hal berkaitan pengurusan VIP, piawaian korporat UiTM, dan fungsi korporat.

Penyedia Laporan:
Saudari Nur Jannah Zahiruddin
Presiden
Jawatankuasa Perwakilan Kolej Dato’ Onn