Program Nasi Air Percuma Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR)

Machang, 13 Mei - Pejabat Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR) bersama-sama dengan Jawatankuasa Perwakilan Kolej TAR telah membuat satu program amal iaitu  AGIHAN NASI AIR PERCUMA’ bertempat di perkarangan Dapur HEP kolej pada 8 Mei 2025. Inisiatif ini adalah untuk mendedahkan pelajar dengan Dapur HEP.

Program ini adalah satu program riadah yang boleh menggembirakan peserta dan pada masa yang sama dapat merapatkan silaturrahim antara staf dan pelajar semasa proses menyediakan juadah. Program bermula pada jam 8.30 pagi dari penyediaan bahan-bahan dan seterusnya memasak. Nasi Air mula diagihkan pada jam 12.00 tengahari. Program ini dijangka dapat mencapai objektif melalui nilai kerjasama dan nilai murni.

Menariknya tentang program ini adalah makanan yang disediakan ini berkonsepkan dari pelajar kepada pelajar. Di samping berkongsi rezeki, pelajar tetap digalakkan dengan amalan kelestarian di mana pelajar perlu bawa bekas makanan sendiri semasa pengagihan dijalankan.

Secara keseluruhannya, program seperti ini dapat membantu pelajar walau tidak secara keseluruhannya tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban dalam meneruskan kehidupan sebagai pelajar dalam kampus. Program ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas juga Staf  Pejabat Kolej Tunku Abdul Rahman, Jawatankuasa Perwakilan Kolej TAR serta Sekitariat JPK atas komitmen masa dan tenaga bagi menjayakan program ini.

Penyedia laporan:

Puan Asmida Ahmad

Pegawai Eksekutif  Kanan

Kolej Tunku Abdul Rahman