Program Aidilfitri MADANI YaPEIM (AMY) Peringkat Negeri Kelantan

MACHANG, 30 April - Program Aidilfitri MADANI YaPEIM (AMY) merupakan inisiatif yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), pelajar, staf UiTM Cawangan Kelantan serta komuniti setempat. Program ini dianjurkan dengan kerjasama pelbagai bahagian di UiTM Cawangan Kelantan termasuk Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Bahagian Pentadbiran, Unit Adiwangsa, serta Bahagian Penyelidikan, Jaringan, Industri dan Alumni (PJIA&M).

Antara objektif program ini adalah mengeratkan hubungan silaturrahim antara YaPEIM, pelajar, staf UiTM dan komuniti setempat. Selain itu, menyalurkan sumbangan Hari Raya kepada golongan sasar di kalangan pelajar dan staf dan menyediakan platform santai dan harmoni bagi menggalakkan interaksi antara pelajar, staf dan komuniti. Penganjuran ini juga bertepatan dengan komitmen UiTM untuk melahirkan graduan berjiwa masyarakat serta memperkukuhkan hubungan antara institusi pendidikan dengan agensi luar dan komuniti.

Program bermula pada jam 8:30 pagi dengan ketibaan para jemputan dan pendaftaran peserta diikuti sesi tazkiyatunafsi bertajuk “Peranan Intelektual dalam Membentuk Masa Depan Negara” yang telah disampaikan oleh Dr Ahmad Murshidi Mustapha. Majlis rasmi bermula pada jam 10:00 pagi dengan ketibaan tetamu kehormat. 

Sebagai rumusan, ia juga meningkatkan hubungan erat antara UiTMCK, YaPEIM dan komuniti dan Memberikan keceriaan sambutan Hari Raya kepada golongan pelajar dan staf yang kurang berkemampuan. Akhir kata, mengukuhkan reputasi UiTM sebagai institusi yang prihatin terhadap kesejahteraan komuniti.

Penganjuran Program Aidilfitri MADANI YaPEIM (AMY) di UiTM Cawangan Kelantan telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kerjasama antara YaPEIM dan UiTMCK dalam program ini membuktikan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkasa pembangunan komuniti dan membentuk masyarakat penyayang. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan strategik dan kesejahteraan sosial secara berterusan.

 

Disediakan oleh:

Amir Azri Othman

Setiausaha Agung MPP