Laporan Program Cakna Komuniti 3.0

MACHANG, 25 Mac - Program Cakna Komuniti 3.0 telah berjaya dilaksanakan pada 25 Mac 2025 anjuran Fakulti Perakaunan dan Persatuan Muslim Sejahtera Malaysia (Muszleem Malaysia Bersama Persatuan Kebajikan Fakulti Perakaunan (Ac Care) serta Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF). Objektif utama program ini adalah untuk menyantuni pekerja- pekerja kontrak di UiTM Kampus Machang seramai 130 orang. Program ini adalah anjuran kali kelima bermula dari tahun 2021 hingga sekarang dengan kerjasama Muszleem Malaysia sebagai rakan kolaborasi utama yang telah menyumbang kotak infak berupa barangan keperluan asas. Program ini telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr Nasir Ismail, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik yang mewakili YBhg. Rektor. Turut hadir Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Encik Hishamudin Mohamad Twontawi, Penolong Pendaftar Kanan. Kami juga sangat mengalu-alukan kehadiran empat orang wakil dari Muszleem Malaysia. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Muszleem Malaysia atas kerjasama yang berterusan ini. Juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada barisan jawatankuasa gerak gerja yang telah bertungkus lumus di belakang tabir untuk menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada semua yang hadir untuk menyokong program ini, terima kasih atas sokongan semua. Khas untuk Fakulti Perakaunan, Ac Care dan BPF, tahniah, kalian hebat!. Sehingga berjumpa lagi dengan Program Cakna Komunit 4.0.

Penyedia laporan:

Wan Roshaini binti Wan Ali

Setiausaha Program Cakna Komuniti 3.0