Taklimat Cakna Integriti HEP

MACHANG, 26 Mac – Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar (URHP) bersama Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Kelantan telah menganjurkan Taklimat Cakna Integriti HEP pada 20 Mac 2025 di Bilik Seminar HRDA, yang dihadiri oleh 80 orang kakitangan dari pelbagai unit dan bahagian dari kampus Machang dan Kota Bharu.

Objektif utama program ini adalah untuk memahami konsep dan kepentingan integriti dalam pengurusan serta meningkatkan kesedaran mengenai etika kerja dan tanggungjawab profesional. Peserta juga diberi pendedahan mengenai risiko dan ancaman isu integriti, seperti rasuah, penyelewengan, dan salah guna kuasa.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya membina keyakinan peserta serta memberi pendedahan mengenai kepentingan integriti dalam organisasi agar bertanggungjawab dalam setiap tindakan dan kuasa yang diberi. Terima kasih kepada pengurusan UiTM Cawangan Kelantan atas sokongan program ini, serta penghargaan kepada Bahagian Pentadbiran dan semua pihak yang terlibat. Semoga ilmu dan pengalaman diperoleh sepanjang kursus dapat dijadikan sebagai panduan demi kesejahteraan warga UiTM Cawangan Kelantan.

Penulis laporan:

Siti Azida Aziz

Pegawai Eksekutif kanan,

Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar.