Satu sesi perjumpaan Lawatan Penanda Aras telah diadakan antara Pusat Pengajian Siswazah UiTM Cawangan Kelantan dan delegasi dari Pusat Pengajian Siswazah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 26 Mac 2025. Sesi ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan, khususnya yang melibatkan pelajar pascasiswazah, di kedua-dua institusi. Delegasi UMK, yang diketuai oleh Dr Nurul Hafizah Mohd Yasin, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Siswazah UMK, memulakan sesi dengan taklimat mengenai struktur dan pendekatan yang digunakan oleh Pusat Pengajian Siswazah UiTM dalam pengurusan pelajar pascasiswazah. Taklimat tersebut merangkumi proses kemasukan, perancangan akademik, serta pelbagai bentuk sokongan yang diberikan kepada pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka.
Penyedia laporan:
Mohammad Syahrul Ashraff Suhaidi
Pegawai Eksekutif (MySTEP)