Majlis Penganugerahan Hab E-Usahawan MDEC & Bengkel Kemahiran Digital Media Sosial

KOTA BHARU, 15 Januari - MASMED Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan (UiTMCK) telah mengadakan Majlis Penganugerahan Hab E-Usahawan MDEC dan Bengkel Kemahiran Digital Media Sosial di UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu. Penganugerahan plak e-usahawan ini disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Rohana Zur Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan, MASMED UiTM kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli dan disaksikan oleh Puan Azlinda Mohd Hairon Pengurus E-Usahawan, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Turut hadir sebagai jemputan khas adalah Puan Norma Ya'cub yang merupakan Timbalan Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (ICU, JPM )

Penganugerahan plak ini adalah sebagai satu simbolik bagi menjadikan UiTM Kampus Kota Bharu sebagai satu hab e-usahawan bagi pelajar dan juga komuniti setempat. Selesai majlis penganugerahan, bengkel Kemahiran Digital Media Sosial diteruskan dan disampaikan oleh coach daripada MDEC iaitu Coach Mohd Syahril Kamarudin. Modul yang dipilih adalah TikTok For Business bersesuaian dengan trend perniagaan online menggunakan TikTok pada masa kini. Peserta terdiri daripada usahawan B40 yang merupakan penerima e-kasih daripada pihak ICU, JPM Negeri Kelantan. Selain itu, para pelajar dari pelbagai program daripada kampus Machang juga turut menyertai bengkel tersebut.

Penyedia Laporan:
Puan Nor Sabrina Zahari
Penyelaras MASMED
UiTM Kampus Kota Bharu