Kunjungan Hormat UiTMCK ke The Layers Sdn. Bhd. (TL) dan Cameron Fruit Supply (CFS)

KOTA BHARU, 23 Januari - Unit ICAN Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (BPJIM&A) UiTM Cawangan Kelantan UiTMCK telah membuat kunjungan hormat ke The Layers Sdn. Bhd. (TL) dan Cameron Fruit Supply (CFS) yang bertempat di Kota Bharu. Pemilik dan pengasas The Layers Sdn. Bhd. (TL) iaitu Encik Ahmad Faris Ramli merupakan alumni UiTMCK pada tahun 2024. Manakala Puan Nik Shafiqah Hanim Nik Mohd Asmawy, pemilik syarikat Cameron Fruit Supply (CFS) juga merupakan alumni UiTMCK pada tahun 2013. Mereka berdua merupakan alumni UiTMCK yang telah berjaya dalam bidang keusahawanan. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk menjalin kerjasama dengan alumni-alumni yang hebat dari UiTMCK dan berhasrat untuk mengadakan kerjasama dalam MoU/MoA serta merancang beberapa aktiviti yang akan dianjurkan dalam Festival REIACt Day 2025. Kunjungan hormat ini diketuai oleh Dr. Norzieha Mustapha selaku Timbalan Rektor BPJIM&A, Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff, Koordinator ICAN, Prof. Madya Dr. Marziana Madah Marzuki, Koordinator RMU dan Puan Shalwati Ramli, Penolong Pendaftar Kanan BPJIM&A.

Perbincangan ini telah membuahkan hasil yang baik dan diharapkan dapat berterusan untuk program-program seterusnya. Pihak alumni turut menyediakan juadah untuk santapan serta memberikan cenderahati sebagai tanda terima kasih mereka atas kunjungan hormat daripada UiTMCK. Semoga hubungan baik ini akan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara UiTMCK dan para alumni UiTMCK.

Penyedia Laporan:
Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff
Koordinator ICAN
Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni
UiTM Cawangan Kelantan