College Games (C-Games) 2024

MACHANG, 20 Januari - Program College Games (C-Games) 2024 UiTM Cawangan Kelantan telah berlangsung dengan jayanya pada 10 dan 11 Januari 2025, melibatkan pertandingan antara kontinjen residensi pelajar. Kontinjen yang mengambil bahagian terdiri daripada Kolej Tun Dr Mahathir, Kolej Tun Abdul Razak, Kolej Tunku Abdul Rahman, Kolej Dato Onn, Kolej Tun Hussein Onn, Non Residen, dan Kampus Kota Bharu.

Sebanyak enam acara sukan dipertandingkan, termasuk bola tampar, bola jaring, futsal, bola baling, petanque, dan badminton. Kolej Tun Hussein Onn telah berjaya mendapat juara keseluruhan dengan pungutan 15 mata, diikuti oleh Kolej Dato Onn dengan 13 mata.

Selain itu, satu demostrasi sukan slingshot juga telah diadakan dengan kerjasama persatuan slingshot DTZ dan kelab slingshot Sipolastik.

Aktiviti ini telah memberi impak kepada mahasiswa, di mana ianya menggalakkan semangat kerjasama, persaingan sihat, serta meningkatkan kecergasan fizikal dan mental. Selain itu, program ini juga merapatkan hubungan antara pelajar dari pelbagai kolej berbeza yang menjadikan suasana kampus lebih harmoni dan kolaboratif. Aktiviti seperti ini juga turut membantu dalam membentuk sahsiah dan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa, serta menyokong pembangunan kemahiran sosial mereka.

C-Games 2024 UiTM Cawangan Kelantan adalah anjuran Unit Sukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan telah dibantu oleh Jawatankuasa Sukan Pelajar. Kerjasama antara kedua-dua pihak ini memastikan kelancaran dan kejayaan program, serta memberikan sokongan dan sumber yang diperlukan untuk melaksanakan acara sukan tersebut dengan baik. Inisiatif seperti ini mempamerkan komitmen UiTM Cawangan Kelantan dalam mempromosikan gaya hidup aktif dalam kalangan pelajar.

Penyedia Laporan:
Cik Nor Ashikin Hassan
Pegawai Sukan Kanan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Kelantan