MACHANG, 20 Januari - Program Esprit De Corps UiTM Cawangan Kelantan telah dilaksanakan dengan jayanya pada 23 Disember 2024 bermula pada jam 8:00 pagi sehingga 1:00 tengah hari dengan penglibatan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Kelantan. Program Esprit De Corps ini bertujuan untuk memperkukuhkan semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan warga kerja HEP. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan nilai individu yang digariskan oleh UiTM, iaitu Excellence, Synergy, dan Integrity (ESI).
Program ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan, termasuk meningkatkan kecemerlangan (Excellence) melalui aktiviti yang melibatkan kerjasama dan kreativiti, memperkuat kesepaduan (Synergy) melalui aktiviti seperti Treasure Hunt dan Silent Football, menggalakkan interaksi antara peserta, membina hubungan yang lebih erat serta menegakkan integriti (Integrity) semasa sesi refleksi dimana ianya membolehkan peserta berkongsi pengalaman dan pandangan mereka secara terbuka, memupuk kejujuran dan tanggungjawab dalam setiap tindakan. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Kelantan.
Penyedia Laporan:
Cik Nor Ashikin Hassan
Pegawai Sukan Kanan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Kelantan