JAKARTA, 30 Oktober – Program Podcast’ ini adalah sebahagian daripada jemputan kepada Pensyarah Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Kelantan untuk menyertai program "Jejak Akademik Malaysia dan Indonesia" anjuran Universitas Trisakti, Indonesia. Antara topik yang dibincangkan adalah berkaitan seni dan kreativiti merangkumi dua negara yang menjurus kepada pemerhatian seni ilustrasi digital dalam bidang Seni Reka Grafik dan Seni Reka Tekstil.
Pensyarah jemputan bagi program ini adalah Puan Rohaizan Mat Nashir@Mohd Nasir (Pensyarah Kanan Jabatan Seni Reka Tekstil) dan Cik Roziani Mat Nashir@Mohd Nasir (Pensyarah Jabatan Seni Reka Grafik & Media Digital). Program yang berlangsung di Universitas Trisakti, Jakarta Indonesia ini adalah dirangka untuk memperkukuhkan kolaborasi antarabangsa antara kedua-dua universiti dalam bidang Seni Reka Grafik dan Tekstil.
Selain itu, kolaborasi ilmiah seperti program pensyarah jemputan, pameran antarabangsa, penyelidikan dan penerbitan bersama serta inbound outbound program antara pensyarah turut dibincangkan. Inisiatif ini bertujuan untuk memperluaskan MoU dan MoA antara kedua-dua universiti untuk program pada masa hadapan.
Penyedia Laporan:
Dr. Nani Hartina Ahmad
Ketua Pusat Pengajian
Kolej Pengajian Seni Kreatif
Dr. Siti Fairuz Md Hashim
Penyelaras Program
Jabatan Seni Reka Grafik & Media Digital
Kolej Pengajian Seni Kreatif
Cik Roziani Mat Nashir@Mohd Nasir
Pensyarah
Jabatan Seni Reka Grafik & Media Digital
Kolej Pengajian Seni Kreatif
Puan Rohaizan Mat Nashir@Mohd Nasir
Pensyarah Kanan
Jabatan Seni Reka Tekstil
Kolej Pengajian Seni Kreatif