Jemputan ‘Guest Lecture’ Pensyarah Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTMCK di Universitas Trisakti, Indonesia

JAKARTA, 30 Oktober – Wakil pensyarah dari Jabatan Seni Reka Grafik dan Media Digital & Jabatan Seni Reka Tekstil, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Kelantan telah dijemput sebagai “Guest Lecturer’ di Universitas Trisakti, Jakarta, Indonesia.

Pensyarah yang dijemput, Dr. Nani Hartina Ahmad (Ketua Pusat Pengajian Kolej Pengajian Seni Kreatif) dan Dr. Siti Fairuz Md Hashim (Penyelaras Program Jabatan Seni Reka Grafik & Media Digital) yang melibatkan pelajar-pelajar Ijazah Fakultas Seni Rupa dan Desain, Universitas Trisakti.

Menerusi program Guest Lecture ini, perkongsian ilmu pengetahuan dan kepakaran dapat diberikan secara langsung kepada para pelajar di FSRD, Universitas Trisakti. Diharapkan agar sesi perkongsian ini dapat memberikan perspektif baharu buat pelajar dan juga para pensyarah dalam bidang masing-masing, seterusnya memperkaya pengalaman akademik mereka.

Program ini juga menjuruskan kepada jejak akademik dalam bidang seni dan kebudayaan yang bertujuan untuk memupuk kolaborasi dan pemahaman budaya antara kedua-dua negara. Sesi ini memberi peluang kepada Pensyarah KPSK mengadakan slot khusus setiap pembentangan kepada mahasiswa FSRD, memperkukuhkan hubungan ilmiah melalui perkongsian kepakaran antara institusi.

Penyedia Laporan:
Dr. Nani Hartina Ahmad
Ketua Pusat Pengajian
Kolej Pengajian Seni Kreatif

Dr. Siti Fairuz Md Hashim
Penyelaras Program
Jabatan Seni Reka Grafik & Media Digital
Kolej Pengajian Seni Kreatif

Cik Roziani Mat Nashir@Mohd Nasir
Pensyarah
Jabatan Seni Reka Grafik & Media Digital
Kolej Pengajian Seni Kreatif

Puan Rohaizan Mat Nashir@Mohd Nasir
Pensyarah Kanan
Jabatan Seni Reka Tekstil
Kolej Pengajian Seni Kreatif