MACHANG, 10 Oktober - Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar (URHP) UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan Bengkel Pelarasan SRK/SRNR UiTMCK 2024 pada 24-25 September 2024 bertempat di HRD A dan Kem Wawasan. Bengkel ini telah disertai seramai 18 peserta yang terdiri dari SRK/SRNR dan seorang Penyelia Asrama Kanan dari Kampus Kota Bharu.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli. Pengisian program ini melibatkan 3 sesi utama iaitu Sesi 1, ‘Peranan dan Tanggung jawab SRK/SRNR’ yang disampaikan oleh oleh Encik Wan Mohamad Firdaus Wan Mohamad, Ketua Staf Residen Kolej/ Non Residen. Sesi 2, ‘Pengurusan Aktiviti Pelajar’ yang disampaikan oleh Encik Mohd Faisal Abdull Rahim, Ketua Unit Kepimpinan Pelajar (UKP) dan Sesi 3, ‘Perolehan/Kewangan’ oleh Encik Mohamad Hadi Tueman, Penolong Bendahari.
Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk memastikan setiap SRK/SRNR yang telah dilantik mendapat pendedahan dan pengetahuan tentang pengurusan sahsiah pelajar, kebajikan pelajar dan perancangan aktiviti pelajar. Selain itu, bengkel ini juga menjadi platform untuk menambah kesiapsiagaan SRK/SRNR dalam menguruskan hal ehwal pelajar di kolej kediaman serta menjadi platform perbincangan dan alternatif perkongsian idea serta pengetahuan setiap SRK/SRNR.
Bengkel ini juga adalah satu inisiatif yang baik ke arah penambahbaikan berterusan sejajar dengan misi dan visi Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
Penyedia Laporan:
Puan Ummu Aiman Saidi
Setiausaha Staf Residen Kolej / Non Residen
UiTM Cawangan Kelantan