'Teambuilding' (Penghayatan Nilai ESI Dan iDART)

MACHANG, 9 Oktober - Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP) telah menganjurkan program Teambuilding (Penghayatan Nilai ESI & iDART) pada 22 hingga 23 September 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Kolej Tun Hussein Onn dan juga melibatkan seluruh kolej UiTM Cawangan Kelantan.

Program ini dijalankan bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan kakitangan Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar berkaitan nilai ESI dan iDART supaya ianya dapat diterapkan dalam amalan kerja. Di samping itu, para peserta didedahkan secara praktikal berkaitan nilai ESI dan iDART ini melalui kerja lapangan iaitu aktiviti mengecat parkir kenderaan. Istimewanya program ini, ianya menjadi serampang dua mata di samping memberi kefahaman serta menerap Nilai ESI dan iDART dalam kalangan peserta yang juga dilaksanakan bagi memenuhi keputusan mesyuarat antara Staf Residen / Non Residen bersama Pihak Pengurusan UiTM Cawangan Kelantan supaya petak parkir dicat semula secara gotong-royong.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Kelantan. Peceramah bagi sesi penerangan Nilai ESI dan iDART telah disampaikan oleh Mantan Rektor UiTM Cawangan Kelantan iaitu Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohamed, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.

Penyedia Laporan:
Encik Ahmad Tarmizi Muhamad
Kerani Kanan
Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP)
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Kelantan