MACHANG, 15 Oktober - Pada 9 Oktober 2024 (Rabu) Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni (PJIA) UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan Bengkel Persediaan Fundamental Research Grants Scheme (FRGS) 2025 dengan menjemput Prof. Ts. Dr. Shafinar Ismail sebagai penceramah. Beliau merupakan seorang profesor dan juga pakar dalam pelbagai bidang penyelidikan (sosial sains) di peringkat nasional dan antarabangsa. Pihak UiTM Cawangan Kelantan secara khususnya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Ts. Dr. Shafinar Ismail yang tidak jemu membantu kami di UiTM Cawangan Kelantan untuk menyediakan kertas penyelidikan FRGS yang terbaik sebelum geran ini dibuka pada tahun hadapan.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni (PJIA), Dr. Norzieha Mustapha. Pada kali ini, seramai 22 orang penyelidik yang terdiri daripada pensyarah muda dan berpengalaman dari UiTM Cawangan Kelantan telah menyertai bengkel ini bagi menghasilkan kertas penyelidikan FRGS yang berkualiti dan berimpak. Semoga dengan pelaksanaan bengkel ini, ianya dapat menyemarakkan semangat dan pembudayaan penyelidikan buat seluruh warga akademik di UiTM Cawangan Kelantan.
"Tidak ada kejayaan tanpa usaha, maka teruslah berusaha sehingga kamu ketemui manisnya saat kejayaan itu, tidak ada yang mudah di dunia ini kerana pengakhirannya bukannya di sini, maka teruslah berjalan sehingga sampai saatnya kamu berehat di sana".
Penyedia Laporan:
Dr. Siti Zulaikha Mustapha
Penyelaras Geran Luar
Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni
UiTM Cawangan Kelantan
Prof. Madya Dr. Marziana Madah Marzuki
Koordinator Unit Pengurusan Penyelidikan
Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni
UiTM Cawangan Kelantan