PERAK, 30 Julai - Pada 11 hingga 14 Julai 2024 (Khamis - Ahad), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menganjurkan beberapa pertandingan yang diadakan sempena Program Jelajah Karnival KPDN Peringkat Zon Tengah & Festival Pengguna Tahun 2024. Program Jelajah Karnival KPDN Peringkat Zon Tengah & Festival Pengguna Tahun 2024 ini diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri KPDN.
Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang kali ini telah menghantar seramai 9 orang wakil GPS bagi mewakili Pertandingan Sorakan Perang “War Cry”. Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang telah diberi kepercayaan untuk mengetuai pasukan Sorakan Perang "War Cry" mewakili Zon Timur. Pertandingan tersebut turut disertai kumpulan dari zon lain iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon Borneo. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah bagi memupuk semangat dan membangkitkan kerjasama berpasukan antara zon masing-masing dalam masa yang singkat. Untuk makluman, Zon Timur ini telah disertai oleh KPDN Zon Timur, IPTA, IPTS, SMK dan SK dari Kelantan, Pahang dan Terengganu.
Untuk pertandingan kali ini, Zon Timur telah merangkul tempat ketiga. Justeru, pencapaian ini secara langsung telah menaikkan nama Negeri Kelantan amnya dan UiTMCK khususnya. Secara keseluruhannya, Pertandingan Sorakan Perang “War Cry” ini telah memupuk semangat berpasukan antara pasukan bertanding dan juga mengeratkan lagi hubungan antara pasukan-pasukan dari Zon Timur.
Penyedia Laporan:
Saudari Nurul Aqilah Mohamad Fuad
Timbalan Presiden
Gerakan Pengguna Siswa
UiTM Cawangan Kelantan