Malam Gala 25 Tahun UiTM

MALAM GALA 25 TAHUN KHUSUS BUAT SEMUA ALUMNI DAN WARGA UiTM:

Pada 26 Ogos 1999, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Aspirasi UiTM adalah untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadi universiti terbaik.

Sempena sambutan UiTM ke 25 tahun, seluruh sistem UiTM se-Malaysia bakal mengadakan sambutan Jubli Perak ke 25 tahun.

Bagi UiTM Cawangan Kelantan, Gala Dinner 25 Tahun UiTM akan dibuat pada ketetapan yang berikut:
Tarikh: 24 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 7:00 malam - 11:30 malam

Tempat: Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan
Tema: Busana Songket

Oleh itu, kami mengalu-alukan para alumni untuk sama-sama menyertai warga UiTM Cawangan Kelantan untuk menyambut hari yang bersejarah ini. Pengesahan kehadiran boleh dibuat dengan mengisi pautan dibawah:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSflA9mb-6WZtxGJo4jcny_Y1_OciVHpTjPA6N_PAWtEe0m6IQ/viewform?usp=pp_url

Bayaran hendaklah dibuat di ketetapan berikut:
Nama akaun: Universiti Teknologi MARA
Nama Bank: Bank Islam (M) Berhad Cawangan Machang
No. Akaun Bank: 03045010004053
Rujukan : Nama peserta/ Malam Gala 25 Tahun
(Adalah digalakkan untuk bayaran melalui Finepay)

Marilah sama-sama kita berkumpul bagi meraikan hari bersejarah ini.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
Puan Nor Farizah (Biro Promosi dan Publisiti)
https://wa.me/136552908

Puan Arina (Biro Pendaftaran)
https://wa.me/179620049