MACHANG, 8 Mei - Tanggal 2 Mei 2024 telah tercipta satu Sejarah yang tersendiri buat warga Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantan. Buletin pertama fakulti ini yang dinamakan Accounting Inkwell Quarterly (AIQ) telah dilancarkan dan gimik pelancaran disempurnakan oleh Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan, Dr. Nik Zam Nik Wan. Antara objektif penerbitan AIQ adalah bagi menyediakan platform untuk para pensyarah membincangkan dan menyebarkan penemuan serta teori terbaru khusus berkaitan bidang perakaunan untuk manfaat sesama ahli fakulti dan para pelajar. Ia juga diharapkan dapat menggalakkan aktiviti penulisan di kalangan para pensyarah dalam konteks yang lebih santai dan membina budaya penulisan yang akhirnya mampu meningkatkan profil fakulti. Selain itu, AIQ juga menawarkan peluang kepada pelajar Fakulti Perakaunan UiTMCK untuk turut sama terlibat dalam penerbitan dan penulisan akademik. Ini merupakan peluang bagi para pelajar untuk membentuk serta mengasah kemahiran dan memberikan mereka satu pengalaman yang berharga. Buletin suku tahunan ini diharapkan dapat menambah nilai dan menyuburkan budaya ilmu secara konsisten dalam kalangan warga Fakulti Perakaunan serta seluruh warga UiTM.
Buletin AIQ Siri 1 boleh dimuat turun di pautan berikut:
Penyedia Laporan:
Dr. Nor Hayati Samba Mohamed
Pensyarah Kanan
Fakulti Perakaunan