Forum Digitalisasi Jejak Usahawan 2024

MACHANG, 5 Mei - Program yang bertajuk ‘Forum Digitalisasi Jejak Usahawan 2024’ telah berjaya dianjurkan oleh Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) dengan kerjasama iMedikel Healthcare (M) Sdn. Bhd., Unit Kerjaya dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) BPJIA UiTM Cawangan Kelantan dengan keterlibatan Mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan sebagai peserta. Forum ini telah berlangsung secara bersemuka pada 24 April 2024 (Rabu) di Dewan Profesional UiTM Cawangan Kelantan. Kerangka pengisian Program Digitalisasi Jejak Usahawan 2024 adalah sebagai sebuah inisiatif untuk menerokai dan merangka strategi digitalisasi bagi memperkasa dan meningkatkan keberkesanan usahawan dalam era digital, memperkukuhkan kemahiran keusahawanan digital di kalangan mahasiswa UiTM melalui pertandingan model 'Apprentice', latihan bimbingan, dan penyediaan geran permulaan untuk mewujudkan produk jenama sendiri. Forum Program Digitalisasi Jejak Usahawan 2024 ini telah menampilkan tiga panel termuka dalam industri masing-masing iaitu Wan Nur Siti Aisya Wan Hasan, Pengasas dan Pemilik Jenama Shalicious & Laurel B, Tuan Haji Yusmat bin Mamat, Pengasas dan Presiden iMedikel Pharma Holding Berhad, dan Tuan Haji Azman bin A Aziz, Pengarah Urusan Wealthlife International Plt. Dengan gabungan kepakaran panel-panel terkemuka ini, forum pada kali ini menjanjikan pendedahan dan perkongsian ilmu kepada para peserta mengenai strategi dan pendekatan digital yang boleh diterapkan dalam pelbagai bidang perniagaan.

 

Penyedia Laporan:
Puan Zainab ‘Izzah Mahmud
Pegawai Psikologi Kanan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar