MACHANG, 9 Mei - Jawatankuasa Bencana Negeri (JOBN) UiTM Cawangan Kelantan kini sedang giat menguruskan penghantaran pulang pelajar UiTM Cawangan Kelantan ke pangkuan keluarga masing-masing sempena cuti perayaan Aidilfitri. Sebanyak 8 buah kenderaan Universiti termasuk bas, van dan kereta diperuntukkan bagi proses penghantaran pelajar yang bermula pada 8 Mei hingga 10 Mei 2021. Penghantaran ini melibatkan seramai 91 pelajar dan 20 kakitangan pengiring dan pemandu dari dua kampus Machang dan Kota Bharu.