Program Sumbangan Ramadan kepada Staf UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 6 MEI 2021 (KHAMIS) - Unit Komunikasi Korporat dan Bahagian Pentadbiran dengan kerjasama Unit Zakat, Sedekat dan Wakaf, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Pengurusan Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dan juga PEWANI telah mengadakan Program Sumbangan Ramadan kepada Staf UiTM Cawangan Kelantan yang berlangsung di Foyer Pentadbiran UiTM Cawangan Kelantan.

Program sumbangan ini diberikan khusus kepada staf B40 UiTM Cawangan Kelantan yang terdiri daripada 104 orang staf dengan anggaran sumbangan berjumlah RM5200 serta turut disampaikan kepada penduduk setempat yang memerlukan. Dengan sumbangan ini ianya sedikit sebanyak meringankan beban staf B40 UiTM Cawangan Kelantan. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Professor Madya Dr. Zulkifli Mohamed dan Encik Hishamudin Mohamad Twontawi, Timbalan Pendaftar UiTM Cawangan Kelantan.