Program Bingkisan Sesuci Ramadhan 2021

MACHANG, 3 MEI 2021 – Jawatankuasa Kecil Komuniti Penyayang dan Khidmat Masyarakat Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTMCK dengan kerjasama Koperasi Kakitangan UiTMCK telah mengadakan Program Bingkisan Sesuci Ramadhan untuk edisi 2021. Program tersebut dijalankan dengan mengadakan kutipan dana amal bermula daripada awal bulan Ramadhan sehinggalah seminggu sebelum program penyerahan sumbangan.

Program ini yang berlangsung di dewan makan Kolej Kediaman Dato’ Onn merupakan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pemberian sumbangan sempena Ramadhan berupa barangan runcit seperti beras kepada 88 orang pekerja kontrak pembersihan di UiTMCK dengan anggaran sumbangan berjumlah RM4400. Sumbangan turut disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohamed, Rektor UiTM Cawangan Kelantan dan Dr. Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Ketua Pusat Pengajian APB UiTMCK.