Program Sumbangan kepada Rumah Anak Yatim LilBanat, Kg. Banggol Judah, Machang

MACHANG, 3 MEI 2021 - PEWANI dan Diploma in Public Administration Club (DiPAC) telah mengadakan Program Sumbangan kepada Rumah Anak Yatim LilBanat di Kampung Banggol Judah, Machang. Sumbangan adalah berupa wang tunai bernilai RM400 dan juga hand sanitizer dan telah melibatkan penerima seramai 40 orang peserta. Sumbangan disampaikan oleh Cik Nursyahida Zulkifli, Setiausaha PEWANI Kelantan dan Penasihat DiPAC.