Program International Lecturer Series: The Art Talk Dengan Memorandum Persefahaman Antara Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan Dengan Selasar Sunaryo Art Space

MACHANG, 03 Mac - Jabatan Pengajian Seni Halus, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Kelantan dengan jayanya telah melaksanakan program pengantarabangsaan yang berkonsepkan Kembara Seni ASEAN (ASEAN Art Odyssey) dengan tema ‘Unveiling the Artistic Interconnections Between Indonesia and Malaysia Narratives Within Asean’s Cultural Tapestry’.

Program ini telah berlangsung pada 25 Februari 2024 dengan inisiatif Memorandum Persefahaman antara UiTM Cawangan Kelantan bersama Selasar Sunaryo Art Space. Inisiatif ini membawa tokoh-tokoh Seni Halus (UiTM-ITB) yang juga pengamal industri dalam mempromosikan seni kontemporari serantau ASEAN sebagai kelestarian warisan kedua-dua negara (Malaysia - Indonesia).

Dalam mendepani trend seni kontemporari masa kini, inisiatif Memorandum Persefahaman ini merupakan sebuah program yang diwarnai dengan rundingan bersama pihak Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan bersama Selasar Sunaryo Art Space bagi menambah rakan stategik UiTM di peringkat antarabangsa.

Acara Memorandum Persefahaman ini merupakan sebahagian dari kolaborasi bersama antara Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, Malaysia, dan Fakulitas Seni Rupa Desain, Institut Teknologi Bandung, Indonesia dengan Selasar Sunaryo Art Space.

Melalui program wacana seni ini, Prof. Madya Dr. Mumtaz Mokhtar telah membentangkan cabaran graduan Seni Halus UiTM dalam mendepani seni pasca modern dan seni kontemporari, dengan tajuk pembentangan ‘Fine Art Graduates in The Global Arena: Crafting Futuristic Strategies for Competitive Excellence and Societal Contribution’. 

Manakala Dr. Sharmiza Abu Hassan pula meninjau praktis kesenian kontemporari melalui perkongsian perbandingan seniman muda Malaysia dengan tajuk pembentangan beliau ‘Recent Narratives of The Past: Re-imagination of Present Generations in Malaysia Art’.

Acara wacana seni ini diperhalusi lagi dengan pembentangan Dr. Agung Hujatnika yang juga merupakan seorang Ahli Lembaga Selasar Sunaryo Art Space dan Pensyarah Fakulitas Seni Rupa dan Desain, ITB dengan kajiannya yang bertajuk ‘Whither Southeast Asian Contemporary Art: Notes on The Reginal Imaginary’ dengan pengalaman dan pengamatan beliau kepada struktur kuratorial melalui pameran seni di serantau ASEAN.

Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM dan Fakulitas Seni Rupa dan Desain, ITB telah lama menjalin hubungan kerjasama serta menjadi ikonik dan tokoh dalam bidang Seni Halus. Tambahan lagi, kerjasama Memorandum Persefahaman Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan dengan Selasar Sunaryo Art Space ini telah menyambung keakraban Malaysia – Indonesia dalam bidang Seni Halus dan budaya yang sekali gus menaikkan lagi nama UiTM di persada antarabangsa.

Penyedia Laporan:
Encik Mohd Shahrul Hisham Ahmad Tarmizi
Pensyarah
Kolej Pengajian Seni Kreatif

Puan Siti Safura Zahari
Pensyarah
Kolej Pengajian Seni Kreatif

Puan Nur Fatiyah Roslan
Pensyarah Kanan
Kolej Pengajian Seni Kreatif

Encik ⁠Mohd Heidhir Hamdan
Pensyarah
Kolej Pengajian Seni Kreatif

Encik Azharuddin Mappon
Pensyarah
Kolej Pengajian Seni Kreatif

Dr. Rushana Sulaiman@Abd Rahim
Pensyarah Kanan
Kolej Pengajian Seni Kreatif