Kenali Diri, Serlah Potensi

KOTA BHARU, 22 November - Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Bharu telah mengadakan satu program motivasi kepada 320 orang pelajar baharu daripada empat program iaitu Diploma Insuran, Diploma Pemasaran, Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Perakaunan pada 2 November 2023. Ceramah motivasi bertajuk "Kenali Diri, Serlah Potensi" ini telah disampaikan oleh pensyarah kanan Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan iaitu Dr. Nor Hayati Samba Mohamed. Tujuan program motivasi ini diadakan adalah untuk memberi semangat kepada para pelajar sebelum menghadapi peperiksaan akhir mereka tidak lama lagi.
 
 
Penyedia Laporan:
Dr. Nor Hayati Samba Mohamed
Pensyarah Kanan
Fakulti Perakaunan