Menggapai Kilauan Bintang

MACHANG, 22 November - Fakulti Perakaunan UiTMCK dengan kerjasama MUTAC telah berjaya mengendalikan satu program khusus untuk meraikan pelajar-pelajar semester satu Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan pada 21 November 2023. Majlis yang berlangsung selama dua jam tersebut telah mendedahkan para pelajar tentang adab-adab dalam menuntut ilmu, pembinaan sifat positif dan membina karakter kepemimpinan dalam diri para mahasiswa. Penceramah jemputan bagi program ini ialah Dr. Nor Hayati Samba Mohamed, Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan UiTMCK.

Penyedia Laporan:
Dr. Nor Hayati Samba Mohamed
Pensyarah Kanan
Fakulti Perakaunan