Majlis Perasmian & Penutup Festival Cakna Lestari (Fes-CALE) 2023

MACHANG, 01 November - Unit Kampus Hijau dengan kerjasama Bahagian Perpustakaan Tengku Anis (PTA) dan Unit Komunikasi Korporat telah mengadakan Majlis Perasmian & Penutup Festival Cakna Lestari (Fes-CALE) 2023 pada 31 Oktober 2023 di Perpustakaan Tengku Anis (PTA).

Majlis Perasmian & Penutup Festival Cakna Lestari (Fes-CALE) 2023 anjuran Unit Kampus Hijau adalah rentetan daripada Program Pendidikan Cakna Lestari di mana penganjurannya pertama kali dianjurkan oleh Bahagian Perpustakaan Tengku Anis sempena Festival Cakna Lestari Peringkat UiTM Cawangan Kelantan 2023. Program tersebut lebih memberi fokus dan penekanan terhadap pengisian program berbentuk pendidikan dan penyediaan ruang pameran khas bagi menjalankan aktiviti kelestarian pada masa akan datang. Mempunyai beberapa siri aktiviti seperti pameran kesedaran lestari, sesi perkongsian ilmu pertandingan bakat dan pertandingan menulis esei alam sekitar yang dilakukan bermula 22 Oktober hingga 31 oktober 2023. Hasil daripada penganjuran program ini diharapkan dapat memberi impak positif terhadap seluruh warga kampus terutama para mahasiswa Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan ke arah peningkatan kesedaran kepada ekosistem 'Kampus Hijau' menjelang 2025.

Majlis bermula dengan pengisian Program Bicara Cakna Alam Sekitar: "Understanding Sustainability in Islam: A Way of Life" bersama panel jemputan Profesor Madya Sr. Dr. Nur Azfahani Ahmad, Ketua Jawatankuasa Kampus Hijau UiTM Cawangan Perak, dan Encik Zikrullah Ismail, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Yayasan Strategik Lestari di ruang santai “Library Community Engagement” (LCE), PTA. Program Bicara Cakna Alam Sekitar dihadiri 30 orang pelajar dan 2 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 2, Machang dan mahasiswa UiTMCK. Para pelajar juga diberi peluang untuk sesi soal jawab kepada panel.

Majlis turut dihadiri bersama barisan pengurusan kanan universiti, Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTMCK sebagai perasmi majlis serta diiringi oleh Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor HEP, Dr. Norzieha Mustapha, Timbalan Rektor PJIA, Puan Alina Hussin, Timbalan ketua Pustakawan, Encik Mohd Bakeri Ab Rahman, Penyelaras Kampus Hijau Merangkap Penasihat Program, Saudara Muhammad Firdaus Mohamed Sohaimi Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTMCK dan ketua-ketua bahagian.

Majlis diteruskan dengan Majlis Perasmian Penyerahan Kolam Ikan kepada bahagian yang bertanggungjawab iaitu Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni yang berada berhampiran dengan pejabat tersebut.

Penyelaras Kampus Hijau Merangkap Penasihat Program merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Pejabat Rektor, Bahagian Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Fasiliti, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni, Bahagian Infostruktur, Pejabat Bendahari kerana saling bekerjasama dalam menjayakan festival ini.

Penyedia Laporan:
Unit Kampus Hijau
Pejabat Rektor