UiTM Alumni Fun Run 2023

MACHANG, 05 November - Office of Industry, Community and Alumni Network (ICAN) Shah Alam dan Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (BPJIA) UiTM Cawangan Kelantan telah berkerjasama menganjurkan UiTM Alumni Fun Run 2023 bersempena dengan Hari Alumni UiTM 2023 pada 28 Oktober 2023. Program larian ini telah dianjurkan oleh UiTM dan melibatkan seluruh UiTM cawangan di setiap negeri serta dijalankan secara serentak di kampus-kampus negeri yang terpilih. Kampus Machang telah terpilih sebagai tuan rumah bagi UiTM Cawangan Kelantan.

Seramai 168 peserta terlibat di UiTM Cawangan Kelantan yang terdiri daripada alumni, staf, pelajar dan orang awam yang mendaftar bagi menyertai acara ini. Program larian ini bertujuan untuk menyambut Hari Alumni UiTM 2023 yang bakal disambut pada 19 Disember 2023. Program ini dimulakan seawal jam 7:00 pagi dengan senamrobik ringkas dari Encik Syawalul Imran Yusoff, Pegawai Sukan Kanan di Medan Ilmu. Satu taklimat ringkas berkenaan larian diberikan oleh Encik Rufian Ridzar Isa, Pegawai Sukan Kanan bagi memberi penerangan kepada peserta tentang trek larian. Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi berbesar hati menyampaikan kata alu-aluan kepada para peserta dan para alumni yang hadir. Pelepasan larian peserta dilakukan oleh Rektor tepat pada jam 7:30 pagi. Peserta dibahagi kepada 2 kategori iaitu kategori 6km dan 4km. Semua peserta berjaya menamatkan larian pada jam 11:00 pagi dan diberikan medal penamat. Bagi memeriahkan program, cabutan bertuah telah dijalankan dan hadiah telah mendapat tajaan dari SMO Bookstores, Bank Rakyat Cawangan Machang, Wan Cycle’s Shop, Adib Azhar & Co., Persatuan Alumni UiTM Kelantan (PAUK), Bard Gym, Lidah Ponorogo by Wak’s Peyek dan Kelab Wanita Ikon Malaysia Kelantan.

Turut hadir menjayakan program ini adalah Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor BHEP, Dr. Norzieha Mustapha, Timbalan Rektor BPJIA, Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff, Koordinator ICAN, Dr. Nurazleena Ismail, Koordinator MASMED dan Puan Nor Farizah Johari, Penyelaras Unit Jaringan Alumni selaku pengarah projek UiTM Alumni Fun Run 2023 bagi UiTM Cawangan Kelantan.

Terima kasih diucapkan kepada semua barisan JK atas komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan program ini.

Penyedia Laporan:
Puan Nor Farizah Johari
Penyelaras Unit Jaringan Alumni
Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni