REIACt DAY CEO@Campus

MACHANG, 29 Oktober - Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni (BPJIA) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah menganjurkan program CEO@Campus sempena Festival REIACt Day 2023 pada 25 Oktober 2023. Program ini telah menjemput dua pengurus daripada perniagaan yang berjaya iaitu Encik Wan Najahudin Wan Fuad, Pengurus Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. dan Encik Abdul Rizal Ab Razab, Pengarah Urusan Web Impian Sdn. Bhd. Dalam program ini, mahasiswa mendapat ilmu dan perkongsian tentang dunia sebenar perniagaan serta cabaran dan peluang yang ada untuk diceburi oleh mahasiswa. Seramai 250 orang mahasiswa telah menyertai program ini yang terdiri daripada mahasiswa di peringkat diploma dan ijazah. Turut hadir bersama adalah Dr. Norzieha Mustapha, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni (BPJIA) bersama-sama Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff, Koordinator ICAN dan Dr. Nurazleena Ismail, Koordinator MASMED. Tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat yang diketuai oleh Dr. Nik Mohamad Shamim, pengarah program CEO@Campus.

Penyedia Laporan:
Dr. Nik Mohamad Shamim Nik Mohd Zainordin
Pengarah Program
REIACt DAY CEO@Campus