Majlis Ramah Mesra Penasihat Akademik Bersama Pelajar Diploma Sains Komputer dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat, Fakulti Sains Komputer & Matematik

MACHANG, 18 Jun - Program Majlis Ramah Mesra Penasihat Akademik Bersama Pelajar Diploma Sains Komputer dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat, Fakulti Sains Komputer & Matematik, telah diadakan dengan jayanya di Dewan Profesional, UiTM Cawangan Kelantan pada 14 Jun 2023. Program kerjasama bersama Persatuan Information Technology Community (ITComm) dan Kelab Science Computer Society (SCiCO) bersama dengan Penyelaras Penasihat Akademik (PA), Cik Noorfadzilah Arifin dan Dr. Amri Ab Rahman  telah melibatkan seramai 23 PA iaitu para pensyarah di bawah Jabatan Sains Komputer serta 317 orang pelajar Pelajar Diploma Sains Komputer dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Objektif program ini adalah untuk memperkasakan peranan PA di bawah Jabatan Sains Komputer serta mengeratkan silaturahim di antara para pelajar dengan PA masing-masing. Para pelajar diberikan pengisian dan perbincangan  mengenai kepentingan untuk cakna di dalam kemajuan pengajian masing-masing supaya mereka lebih fokus di dalam mencapai kejayaan. Selain daripada itu, para pelajar dan PA juga turut terlibat di dalam slot aktiviti Fun Games bagi memeriahkan lagi suasana aktiviti PA yang berlangsung. Secara keseluruhannya, program ini telah dapat memberikan impak positif kepada seluruh pelajar dan PA bagi menguatkan peranan masing-masing untuk tujuan kecemerlangan program akademik Diploma Sains Komputer dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat.

Penyedia Laporan:
Cik Noorfadzilah Arifin
Pensyarah Kanan
Fakulti Sains Komputer & Matematik

Dr. Amri Ab Rahman
Pensyarah Kanan
Fakulti Sains Komputer & Matematik