Majlis Ramah Mesra Nostalgia UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 13 Jun - Majlis Ramah Mesra Nostalgia UiTM Cawangan Kelantan telah diadakan pada 22 Mei 2023 berlangsung di Dewan Profesional. Objektif utama majlis ini adalah bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan semua warga UiTM Cawangan Kelantan dalam mencapai sasaran universiti.

Diawal Majlis YBhg. Rektor Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi menyampaikan ucapan dan amanat kepada semua staf. Majlis seumpama ini diadakan bagi melahirkan sebuah universiti yang prihatin dan cakna tentang kebajikan, kesejahteraan dan keharmonian staf dan warganya.

Seramai 800 orang staf yang terdiri daripada kakitangan Akademik dan Pentadbiran hadir menjayakan majlis ini UiTM juga turut mengundang tetamu terdiri daripada Staf Alumni, Pesara, Agensi berkepentingan di Machang dan Kota Bharu serta Kontraktor Dalaman.

Staf dan tetamu dihidangkan dengan berbagai juadah makanan yang disediakan oleh setiap Bahagian dan Fakulti di UiTM Cawangan Kelantan seperti nasi minyak, ayam golek, sate, kuih muih, buah-buahan. Pertandingan hiasan Bahagian, Fakulti tercantik dan menarik juga dipertandingkan bagi memberi semangat dan kegembiraan kepada staf.

Hasil kerjasama semua staf dalam menjayakan majlis ini memberikan satu suasana yang harmoni dan mesra. Berkumpul dalam satu majlis sambil mengeratkan silaturahim itu adalah merupakan salah satu dalam elemen ESI dan i-DART universiti.

Penyedia laporan:
Encik Ab Fatah Ab Hamid
Pegawai Eksekutif Kanan
Bahagian Pentadbiran