Lawatan Kerja Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) bagi Projek Community-Based Tourism (CBT)

MACHANG, 13 Jun – Satu perbincangan berkaitan Projek Community-Based Tourism (CBT) Kepulauan Tumpat bersama Profesor Dr. Mohamad Hariri Haji Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) bersama Ketua Jajahan Daerah Tumpat pada 6 Jun 2023 di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat berkaitan soft launching pakej pelancongan di gugusan kepulauan yang dijangka akan diadakan dalam bulan Jun 2023. Perbincangan yang lebih kepada usaha kerjasama antara UiTM Cawangan Kelantan dan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat ini akan memberikan hasil yang positif kepada semua pihak dan menjadikan satu usaha yang mengembirakan.

Lawatan kerja ini tidak terhenti untuk perbincangan sahaja, Dr. Syerina Azlin Md Nasir, Ketua Projek membawa pasukan untuk ke lawatan tapak di beberapa lokasi sekitar kepulauan.

Penyedia Laporan:
Dr. Syerina Azlin Md Nasir
Ketua Projek/ Pensyarah Kanan FSKM
UiTM Cawangan Kelantan