Pertandingan Peminjam Buku Terbanyak

Pihak Perpustakaan Tengku Anis (PTA) akan mengadakan “Pertandingan PEMINJAM BUKU TERBANYAK”. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan statistik pinjaman bahan PTA. Sekaligus, dapat mempromosikan koleksi bahan-bahan yang terdapat di PTA. Pertandingan ini juga bertujuan untuk menyokong pelaksanaan program Read@UiTM.

Pelaksanaan bagi pertandingan ini boleh dirujuk maklumat di bawah:
📌 Para pemenang Pertandingan Pembaca Terbanyak akan diumumkan dalam bentuk poster pada minggu pertama setiap bulan.
📌 Semua warga UiTM Cawangan Kelantan yang berdaftar menjadi ahli perpustakaan layak menyertai pertandingan ini.
📌 Keputusan pemenang adalah berdasarkan statistik pinjaman tertinggi yang dijana daripada sistem WILS.
📌 Setiap pemenang kategori staf dan pelajar (staf akademik/ staf bukan akademik/ siswa/ siswi) akan mendapat e–sijil pemenang dan barangan bernilai RM15 setiap satu.

🗓 Pertandingan ini akan bermula pada Mac sehingga Disember 2023.

📌 Pertandingan ini terbuka kepada semua staf dan pelajar di UiTM Kampus Machang.

Jika ada sebarang permasalahan boleh berhubung dengan Puan Nordelina Zulkarnain – 011-10651982
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

PTA Digital Library
https://kelantan.library.uitm.edu.my/

#AskYourLibrarian
https://pta.wasap.my

Stay connected on our social media.
https://linktr.ee/ptauitmck

#UiTMdiHatiku
#LibraryForAll
#PerpustakaanTengkuAnis
#UiTMCawanganKelantan