
MACHANG, 18 November - Tahniah diucapkan kepada Ts. Emilia Abdull Manan, Ts. Mohd Masdi Abdul Manan dan Ts. Rozita Shamsuddin atas penganugerahan Pingat Emas serta Insentif Inovasi berjumlah RM500.00 tajaan Nuwa Pierre Sdn. Bhd. dalam Pertandingan Inovasi Alam Melayu Antarabangsa 2025 (IMAN2025) bagi projek Tasbih Multifungsi Kontemporari: Dari Alat Zikir ke Aksesori Islamik Moden.

