Tahniah Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Kelantan! 

MACHANG, 17 November - Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) UiTM Cawangan Kelantan telah menerima Anugerah Gangsa bagi Pengurusan Akademik Cemerlang Tahun 2024 Peringkat Cawangan sempena Mesyuarat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bersama barisan kepimpinan akademik (META-27).

Penganugerahan ini mengiktiraf komitmen dan dedikasi dalam mengukuhkan kecemerlangan pengurusan akademik serta menyokong agenda pendidikan berkualiti UiTM.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga HEA UiTM Cawangan Kelantan atas usaha berterusan dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan akademik!