Tahniah!!! Pingat Emas, Inovasi Barang Kemas Tradisional: Transformasi Reka Bentuk Kerongsang Tok Demi Kelestarian Warisan Melayu

MACHANG, 18 November - Tahniah diucapkan kepada Ts. Rozita Shamsuddin, Ts. Emilia Abdull Manan, Ts. Mohd Masdi Abdul Manan, Encik Azhar A. Aziz dan Dr. Hidayati Mohamed Jani atas penganugerahan Pingat Emas serta Insentif Inovasi berjumlah RM500.00 tajaan Nuwa Pierre Sdn. Bhd. dalam Pertandingan Inovasi Alam Melayu Antarabangsa 2025 (IMAN2025) bagi projek Inovasi Barang Kemas Tradisional: Transformasi Reka Bentuk Kerongsang Tok Demi Kelestarian Warisan Melayu.