Permohonan Zakat Pelajar Dalam Talian Bagi Pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda

PERMOHONAN ZAKAT PELAJAR ATAS TALIAN BAGI PELAJAR DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA

Tarikh Permohonan Zakat (e-Zakat):

  • Buka    : 11 Oktober 2022 (Selasa)
  • Tutup   : 31 Oktober 2022 (Isnin)

Tarikh Temuduga Zakat:

  • Mula     : 1 November 2022 (Selasa)
  • Tutup   : 13 November 2022 (Ahad)

Masa Temuduga Zakat:

  • Pagi     : 9:00 pagi - 12:00 tengah hari
  • Petang : 2:30 petang - 4:30 petang

Panel Penemuduga: Penyelaras Program Diploma dan Ijazah

Kaedah Temuduga:

  1. Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Kelantan mengambil maklum berkenaan fasa endemik COVID-19 di Malaysia, justeru TIADA SESI TEMUDUGA SECARA FIZIKAL AKAN DILAKSANAKAN PADA SEMESTER 20222-SESI 1 2022/2023 ini.
  2. Pelajar diminta untuk memilih tarikh temuduga dalam sistem e-Zakat setelah status permohonan pelajar berubah kepada DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMUDUGA. Temuduga hanya dijalankan pada hari AHAD, ISNIN, SELASA, DAN RABU pada setiap minggu (tidak termasuk cuti umum).
  3. Pelajar hendaklah menghubungi Penyelaras Program masing-masing bagi urusan temuduga.
  4. Pelajar yang berstatus DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMUDUGA akan ditemuduga secara penggilan telefon atau dalam talian (online).
  5. Kegagalan pelajar untuk menghubungi panel penemuduga pada tarikh temuduga boleh menyebabkan permohonan zakat pelajar DITOLAK.

Untuk pertanyaan boleh hubungi: Dr. Shahrizal Mahpol (0179295370)

Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak, didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Koordinator

Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf

10 Oktober 2022