Iklan Tawaran Khidmat Pembantu Pengawas Peperiksaan Akhir Februari 2023

Bersama-sama ini disertakan iklan tawaran dan borang permohonan Pembantu Pengawas Peperiksaan Akhir Februari 2023.

 

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1. Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syarat-syarat perlantikan seperti berikut: 

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera). 
  • Pemohon mestilah berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga. 
  • Sihat tubuh badan. 
  • Keutamaan akan diberi kepada anak-anak staf UiTM. Ahli keluarga yang lain atau kenalan juga boleh dipertimbangkan. Staf UiTM yang terbabit akan dianggap sebagai rujukan perwatakan pemohon. 
  • Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya. 
  • Pelajar UiTM/ Bekas Pelajar UiTM/ Staf Akademik UiTM tidak dibenarkan memohon. 
  • Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas. 
  • Pihak UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan. 

2. Taraf Jawatan- Sambilan (mengikut tempoh peperiksaan iaitu bermula dari 6 hingga 22 Februari 2023). 

3. Kadar Bayaran- RM4.00 sejam. 

4. Calon yang berminat sila dapatkan Borang Permohonan di Pejabat Unit Penilaian Akademik dan Penerbitan (UPAP) UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang.

5. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 11 JANUARI 2023 kepada:

    Penolong Pendaftar Kanan

    Unit Penilaian Akademik dan Penerbitan (UPAP)

    Bahagian Hal Ehwal Akademik

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan

    Bukit Ilmu

    18500 Machang

    KELANTAN.