Misi Bantuan UiTM Cawangan Kelantan 2.0

MACHANG, 30 Disember - Sesi Pelepasan Pasukan Sukarelawan Misi Bantuan Banjir 2.0 UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Komuniti Musang King Tanah Merah (MKTM) oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohamed, Menjalankan Tugas Rektor UiTM Cawangan Kelantan ke Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Misi ini melibatkan seramai 52 orang sukarelawan yang terdiri daripada staf dan pelajar UiTMCK yang diketuai oleh Encik Nik Mohd Al Firdaus Nik Wil, Pegawai Eksekutif Kokurikulum UiTM Cawangan Kelantan. Manakala, dari pihak Musang King Tanah Merah yang diketuai oleh Dato' Nik Saphiea, Penaung MKTM, seramai 46 orang sukarelawan MKTM turun padang untuk merealisasikan misi sukarelawan tiga hari dua malam ini.

Teruskan menyumbang ke Tabung Bencana UiTM Cawangan Kelantan.

Nama Bank: BANK ISLAM

No. Akaun: 03045010004053

Nama Akaun: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (KAMPUS MACHANG-AKAUN AMANAH)

Sumbangan anda amatlah kami hargai. Diharapkan dengan adanya kutipan sumbangan ini dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh mangsa banjir.

Sekian, terima kasih.

#MisiBantuan
#UiTMPrihatin
#UiTMCawanganKelantan