'NextGen Outbound: Varsity Across Nation' –JPKTR Peneraju Mobiliti Global ke Shenzhen, Hong Kong & Guangzhou

'NextGen Outbound: Varsity Across Nation' –JPKTR Peneraju Mobiliti Global ke Shenzhen, Hong Kong & Guangzhou

MACHANG, 1 Disember 2025 – Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Abdul Razak (JPKTR), UiTM Cawangan Kelantan telah berjaya melaksanakan program NextGen Outbound: Varsity Across Nation ke Shenzhen, Hong Kong dan Guangzhou pada 22 hingga 28 November 2025. Program ini disertai oleh 10 orang mahasiswa JPKTR bersama 2 pegawai pengiring, iaitu Encik Ahmad Sirajulmunir Zulkipli (Penasihat JPKTR) dan Encik Wan Mohamad Firdaus (Ketua Staf Residen Kolej).

Yang lebih membanggakan, program ini diusahakan sepenuhnya oleh mahasiswa JPKTR sendiri, termasuk pengurusan, logistik, dan kewangan. Semua kos program dibiayai hasil keuntungan daripada program-program sebelum ini. Kejayaan ini membuktikan kemahiran kepimpinan, kreativiti, dan kemandirian mahasiswa JPKTR.

Program ini dibahagikan kepada tiga modul utama, iaitu:
1. EXCEL (Exploring Cross-Cultural Education and Learning) – Pengalaman akademik dan pembelajaran silang budaya,
2. UBOUND (UiTM Kelantan General Consulate Network Exchange) – Pendedahan diplomatik dan jaringan global,
3. ECHO (Experiencing Chinese Heritage and Origins) – Eksplorasi warisan budaya dan ekonomi di wilayah 3 China.

EXCEL – Exploring Cross-Cultural Education and Learning

Komponen EXCEL di Chinese University of Hong Kong, Shenzhen (CUHK-SZ) dilaksanakan dalam dua sesi utama yang memberikan pendedahan akademik dan budaya secara menyeluruh kepada peserta. CUHK merupakan antara universiti terkemuka dunia yang berada pada kedudukan ke-36 dunia dalam QS World Ranking dan ke-5 di China.

Pada 24 November, delegasi UiTM mengikuti lawatan kampus yang dibimbing oleh Saudari Catherine, wakil badan pelajar CUHK-SZ. Lawatan ini merangkumi kunjungan ke fakulti, makmal penyelidikan, pusat inovasi, perpustakaan, dan pelbagai kemudahan pelajar. Sesi ini bukan sahaja membuka perspektif terhadap ekosistem pembelajaran universiti bertaraf antarabangsa, tetapi turut memperlihatkan tahap kecemerlangan fasiliti akademik dan sokongan pelajar di CUHK-SZ.

Sebagai simbolik hubungan dua hala, majlis pertukaran cenderahati turut diadakan, disempurnakan oleh Saudara Muhamad Aiman, Timbalan Presiden JPKTR, bersama Encik Wan Mohd Firdaus, Ketua Staf Residen Kolej kepada Saudari Catherine Wong selaku wakil Badan Pelajar di CUHK-SZ.

Sementara itu, satu lagi perjumpaan telah diadakan pada 27 November, peserta menghadiri sesi taklimat eksklusif bersama Profesor Ai Chunrong, Associate Dean of the School of Management and Economics, Associate Director of Shenzhen Finance Institute (SFI), dan SFI Chair Professor. Dalam sesi ini, peserta diberi penerangan tentang struktur akademik CUHK SZ, peluang penyelidikan, kekuatan industri, serta model pendidikan yang menjadi tunjang kecemerlangan universiti tersebut. Pada sesi yang sama, Encik Wan Mohd Firdaus turut memperkenalkan UiTM secara rasmi kepada pihak CUHK-SZ sebagai langkah sulung ke arah potensi kerjasama akademik antarabangsa UiTM–CUHK, sekali gus membuka ruang strategik bagi hubungan institusi di masa hadapan.

UBOUND – UiTM Kelantan General Consulate Network Exchange

Dalam komponen UBOUND, delegasi berkunjung ke Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong, bertemu pegawai utama:
• Encik Fadzlullah Haleem Kamaruddin – Consul (Economics)
• Puan Nooraini Abdullah – Vice Consul (Immigration)
• Puan Intan Abu Hassan – Secretary to Consul (Economics)

Peserta diberi pendedahan mengenai fungsi Konsulat, kebajikan pelajar Malaysia keselamatan, imigresen, peluang kerjaya, dan kepentingan jaringan profesional antarabangsa. Lawatan ini melengkapkan pengalaman global mahasiswa dengan perspektif diplomatik yang bernilai.

ECHO – Experiencing Chinese Heritage and Origins

Komponen ECHO memberi pengalaman budaya dan ekonomi di Guangzhou dan Shenzhen.
Lawatan kebudayaan:
• Guangdong Museum
• Yoqingfang
• Canton Tower dan Pearl River
• Chen Clan Ancestral Hall

Lawatan ini memperluas kefahaman peserta tentang sejarah, seni bina, dan warisan budaya masyarakat tempatan.
Lawatan ekonomi:
• Onelink International Plaza
• Huangqiangbei (pusat teknologi dan elektronik Shenzhen)

Peserta dapat melihat secara langsung dinamika perdagangan, perkembangan industri, dan inovasi teknologi di China, menyepadukan pembelajaran budaya dan ekonomi secara seimbang.

Program NextGen Outbound: Varsity Across Nation 2025 berjaya menggabungkan elemen akademik, diplomatik, budaya dan ekonomi secara menyeluruh. Dengan usaha sepenuhnya oleh mahasiswa JPKTR sendiri, program ini menjadi bukti nyata inisiatif pelajar yang berdikari, kreatif, dan berdaya saing.

Ucapan tahniah daripada Profesor Ai Chunrong, Dean of the School of Management and Economics, Associate Director of Shenzhen Finance Institute, dan SFI Chair Professor
kepada JPKTR kerana menjadi badan pelajar pertama UiTM Cawangan Kelantan yang menjejakkan kaki ke tanah besar China, merintis kerjasama akademik, budaya dan ekonomi di peringkat antarabangsa. Program ini telah meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi, dan perspektif global peserta, selaras dengan visi UiTM untuk menjadi university yang unggul dalam memacu bumiputera yang profesional.

Penyedia Laporan:
Saudara Adam Mansor
Presiden JPKTR 2024/2025
Merangkap
Pengarah Program NextGen Outbound: Varsity Across Nation