Kreativiti Huruf dalam Instalasi Grafik Berteraskan Identiti dan Budaya Negara China bersama Pelajar dari Guangxi Minzu Normal University, China

Kreativiti Huruf dalam Instalasi Grafik Berteraskan Identiti dan Budaya Negara China bersama Pelajar dari Guangxi Minzu Normal University, China

MACHANG, 16 November - Creative Typography Workshop yang dikelolakan oleh Jabatan Seni Reka Grafik & Media Digital, berlangsung di Blok C, Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka pada 12 November 2025 telah berlangsung dengan jayanya. Program ini merupakan salah satu pengisian akademik yang dianjurkan oleh Jabatan Seni Reka Grafik & Media Digital dengan objektif untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam meneroka tipografi kreatif serta mengaplikasikan elemen tipografi dalam bentuk instalasi tiga dimensi.

Program ini melibatkan 10 orang pelajar serta 2 orang pensyarah dari Guangxi Minzu Normal University (GXMZNU). Aktiviti utama bengkel adalah penghasilan pop-up tipografi instalasi oleh setiap peserta. Setiap karya perlu memenuhi tiga elemen iaitu satu huruf utama yang mewakili nama peserta, subjek kajian yang menggambarkan kegemaran peserta dan petikan kegemaran yang menunjukkan personaliti atau inspirasi peserta.

Peserta dibimbing dalam proses susun atur subjek kajian, teknik potongan, pembinaan pop-up dan persembahan instalasi tipografi. Fasilitator terdiri daripada Puan Nurin Elani Makrai, Encik Mohd Saipuddin Mohd Hasbullah, Dr. Siti Fairuz Md Hashim, Dr. Mat Redhuan Samsudin dan dibantu oleh pelajar tahun akhir Diploma Seni Reka Grafik & Media Digital. Semua peserta berjaya menghasilkan karya pop-up tipografi instalasi yang kreatif dan mencerminkan identiti masing-masing.

Bengkel ini membuka ruang kepada pembentukan jaringan kreatif antara pensyarah dan pelajar dalam konteks pameran bertaraf antarabangsa. Hasil karya peserta dipamerkan sempena siri pameran berkaitan hubungan budaya China–Malaysia yang berlangsung pada 14 November 2025. 

Penyedia Laporan:
Puan Nurin Elani Makrai
Pensyarah Kanan
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

Encik Mohd Saipuddin Mohd Hasbullah
Pensyarah
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

Dr. Siti Fairuz Md Hashim
Penyelaras Program AD111
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

Dr. Mat Redhuan Samsudin
Pensyarah Kanan
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka