KOTA BHARU, 17 September - Pembangunan Produk Makanan Berteknologi merupakan satu inisiatif unit MASMED UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Kelab MyAgrosis bagi memperkasakan kemahiran pelajar dalam bidang inovasi makanan dan keusahawanan. Bengkel ini memberi penekanan kepada pembangunan produk makanan menggunakan teknologi pemprosesan moden serta menekankan elemen R&D, kreativiti, dan keusahawanan sejajar dengan Petunjuk Prestasi MASMED PI022, PI023, dan PI025.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Norwawi Ibrahim, Timbalan Pengarah (Pembangunan) MARA Kelantan, dengan ucapan aluan dimulakan oleh Koordinator MASMED UiTMCK, Dr. Nur Hazelen Mat Rusok pada 8 Septmber 2025. Program ini disertai oleh lebih 20 orang peserta terdiri daripada pelajar dan pensyarah pelbagai bidang dan staf pengurusan, dan bengkel ini diketuai oleh Ketua Projek, Puan Suraya Husin, Penyelaras Digital UiTMCK.
Melalui pendekatan praktikal, peserta berpeluang menghasilkan produk seperti waffle, churros, kopi, dan popcorn dengan menggunakan mesin moden seperti air fryer, waffle maker, popcorn maker, dan grinder, selain memanfaatkan bahan alternatif yang lebih sihat serta berdaya saing. Program ini turut memberi penekanan terhadap peningkatan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, dan pemikiran kreatif. Peserta akan melalui proses penyelidikan, pembuatan, dan pembentangan produk secara hands-on yang memberi nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran mereka. Bengkel ini dijalankan selama tiga hari, dengan sesi pertama berlangsung secara fizikal manakala baki dua hari lagi (9 – 10 September) dilaksanakan secara dalam talian. Peserta dikehendaki menyiapkan tugasan dan menghantarnya secara dalam talian sebagai sebahagian daripada penilaian.
Pendedahan ini bukan sahaja membentuk kemahiran teknikal, malah turut menyemai minat dalam bidang keusahawanan makanan serta membuka peluang ke arah pengkomersialan produk inovasi pelajar pada masa hadapan. Selain itu, bengkel ini turut menyokong agenda Sustainable Development Goals (SDG) khususnya SDG 4 dengan menyediakan peluang pembelajaran inovatif, SDG 8 melalui pembangunan keusahawanan yang menjana pendapatan, SDG 9 dengan menggalakkan penggunaan teknologi moden dalam pemprosesan makanan, serta SDG 12 menerusi penghasilan produk menggunakan bahan alternatif yang lebih sihat dan mampan.
Penyedia Laporan:
Puan Nor Sabrina Zahari
Penyelaras MASMED
UiTM Kampus Kota Bharu
Dr. Nor Zuriati Amani Ab Rani
Penasihat Program
Bengkel Innovatex 2025

